Berdasarkan klip video di bawah, sila senaraikan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Tuliskan jawapan anda di ruangan komen yang disediakan.
Ahad, 25 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
KATA NAMA
KATA NAMA
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat dikategorikan kepada dua iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.
Kata Nama Am
- - Kata yang menyatakan makna benda, perkataan atau konsep yang umum sifatnya.
- - Kata nama am mempunyai empat bahagian iaitu kata nama am hidup, kata nama am tidak hidup, kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.
- - Kata nama am hidup merujuk kepada benda-benda yang hidup dan bernyawa seperti manusia dan binatang.
- - Kata nama am bukan merujuk kepada benda-benda yang tidak hidup dan tidak bernyawa seperti kenderaan, rumah dan sebagainya.
- - Kata nama am konkrit merujuk kepada benda-benda yang maujud iaitu dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti pasar, basikal, baju dan sebagainya.
- - Kata nama am abstrak merujuk kepada benda-benda yang tidak maujud iaitu tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti angin, kemarahan, kecantikan dan sebagainya.
- Kata Nama Khas
- Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang khusus dan ejaannya dipangkalkan dengan huruf besar.
- - Kata nama khas mempunyai dua kategori iaitu kata nama khas hidup dan juga kata nama khas tidak hidup.
- - Kata nama khas hidup merujuk kepada nama benda yang hidup seperti manusia dan panggilan kepada binatang. Contohnya ialah Salmah dan Pak Belang.
- - Kata nama khas tidak hidup merujuk kepada nama sesuatu yang tidak bernyawa seperti nama tempat, gelaran dan banyak lagi.
Ahad, 11 Disember 2011
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Jenis | Contoh |
Sifat | Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat |
ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. |
waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
jarak | Dekat, hampir, jauh |
cara | Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
Pancaindera - rasa - pandang - dengar - bau - sentuh | Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin |
Adjektif perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
KATA NAMA
KATA NAMA
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat dikategorikan kepada dua iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.
Kata Nama Am
- Kata yang menyatakan makna benda, perkataan atau konsep yang umum sifatnya.
- Kata nama am mempunyai empat bahagian iaitu kata nama am hidup, kata nama am tidak hidup, kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.
- Kata nama am hidup merujuk kepada benda-benda yang hidup dan bernyawa seperti manusia dan binatang.
- Kata nama am bukan merujuk kepada benda-benda yang tidak hidup dan tidak bernyawa seperti kenderaan, rumah dan sebagainya.
- Kata nama am konkrit merujuk kepada benda-benda yang maujud iaitu dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti pasar, basikal, baju dan sebagainya.
- Kata nama am abstrak merujuk kepada benda-benda yang tidak maujud iaitu tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti angin, kemarahan, kecantikan dan sebagainya.
Kata Nama Khas
- Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang khusus dan ejaannya dipangkalkan dengan huruf besar.
- Kata nama khas mempunyai dua kategori iaitu kata nama khas hidup dan juga kata nama khas tidak hidup.
- Kata nama khas hidup merujuk kepada nama benda yang hidup seperti manusia dan panggilan kepada binatang. Contohnya ialah Salmah dan Pak Belang.
- Kata nama khas tidak hidup merujuk kepada nama sesuatu yang tidak bernyawa seperti nama tempat, gelaran dan banyak lagi.
-
KATA KERJA
KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. contohnya,makan, minum, berdoa, bermain, memanjat dan sebagainya.
2. Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.
3. Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga, iaitu:
a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
i. KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya.
ii. Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walapun kata
kerjanya tidak diikuti oleh objek.
iii. Contoh KKTT ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.
b) Kata Kerja Transitif (KKT)
i. KKT memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut yang menerima akibat daripada perbuatan kata kerja itu.
ii. Tanpa objek, ayat yang mengandungi KKT itu tidak lengkap maksudnya.
iii. Contoh KKT ialah memotong, menaip, menjual dan sebagainya.
c) Kata Kerja Pasif (KKP)
i. KKP ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
ii. KKP tidak mempunyai imbuhan awalan meN-.
iii. KKP dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu KKP diri pertama, dan kedua,
KKP diri ketiga, KKP berawalan beR- dan teR-, KKP dengan apitan ke-...-an dan
KKP dengan kata ‘kena’. ( kata kena boleh diganti dengan awalan di- ).
iv. Contoh-contoh KKP ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat, bersapu, berjemur, terdaki,
terpegun, kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap dan sebagainya.
Latihan 1:
Bina sebuah ayat berdasarkan kata kerja yang dinyatakan:
a) Kepanasan
b) Memotong
c) Hinggap
d) Menjual
e) Terpegun
f) Ketawa
g) Memancing
KATA SENDI NAMA
Tatabahasa : Kata Sendi
Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
|
1. Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyumbangkan
frasa nama dengan perkataan atau frasa lain.
2. Contoh dan penggunaannya:
a) di - untuk menunjukkan tempat
b) ke - untuk menunjukkan tempat atau arah yang ditujui dan masa
c) dari - untuk menunjukkan tempat / tempat asal / tempat bermula atau masa
d) daripada - untuk menunjukkan punca bagi manusia, benda, dan perbandingan
e) pada - untuk menunjukkan keterangan waktu, manusia, dan benda
f) kepada - untuk menunjukkan tempat, orang, atau haiwan yang ditujui
3. Contoh ayat:
a) Saya berasal dari negari Sabah.
b) Buku itu terletak di atas meja.
c) Tipah menulis surat kepada abangnya.
d) Latif tergesa-gesa hendak ke sekolah
frasa nama dengan perkataan atau frasa lain.
2. Contoh dan penggunaannya:
a) di - untuk menunjukkan tempat
b) ke - untuk menunjukkan tempat atau arah yang ditujui dan masa
c) dari - untuk menunjukkan tempat / tempat asal / tempat bermula atau masa
d) daripada - untuk menunjukkan punca bagi manusia, benda, dan perbandingan
e) pada - untuk menunjukkan keterangan waktu, manusia, dan benda
f) kepada - untuk menunjukkan tempat, orang, atau haiwan yang ditujui
3. Contoh ayat:
a) Saya berasal dari negari Sabah.
b) Buku itu terletak di atas meja.
c) Tipah menulis surat kepada abangnya.
d) Latif tergesa-gesa hendak ke sekolah
LATIHAN Pilih perkataaan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat-tempat kosong yang bernombor. Ahmad tidak pernah datang-datang lagi ____(1)_____dia bergaduh dengan adik saya. Dia asyik menangis ___(2)____ matanya bengkak. Saya telah berusaha menemukan mereka berdua _____(3)______kebaikan mereka juga. _____(4)_____ mereka sudah berbaik-baik semula,sekali-sekala mereka bertengkar juga _____(5)_____ di hadapan saya. Mereka menghormati saya kerana saya tidak pernah berat sebelah ___(6)_____ menyelesaikan masalah yang melibatkan mereka berdua. 1. A. kalau B. tetapi C. sampai D. semenjak 2. A. dan B. lalu C. hampir D. sehingga 3. A demi B agar C dengan D supaya 4. A Sebab B Sehingga C Apabila D Walaupun 5. A dan B untuk C kerana D kecuali 6. A lalu B sampai C dengan D apabila Perusahaan tanaman kontan telah lama dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil ____(7)_______penghasilan daripada perusahaan itu sangat tidak memuaskan. Seringkali pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha ,tenaga dan modal yang dicurahkan. Faktor yang menyebabkan keadaan yang demikian ialah pekebun- pekebun kecil mengusahakan tanaman kontan sambil lewa sahaja. _____(8)____ tidak pula selari dengan kemajuan sains dan teknologi pertanian _____(9)___ masih ramai pekebun kecil yang tidak langsung mengusahakan kebun mereka. Maka terbiarlah kebun itu ditumbuhi lalang __(10)______ ada pula telah menjadi belukar. Pekebun -pekebun yang masih belum menyertai perusahaan tanaman kontan ini dinasihati ___(11)____ berbuat demikian sekarang juga. 7. A dan B lalu C tetapi D kerana 8. A Oleh itu B Sungguhpun C Namun begitu D Di samping itu 9 A. dan B jika C namun D tetapi 10. A bahkan B inikan C masakan D entahkan 11. A bagi B juga C agar D serta Usaha kerajaan ______(12)______mewujudkan perpaduan di kalangan berbagai-bagai kaum di negara kita ini patut dipuji. _____(13)___ ,usaha ini tidak akan berjaya sekiranya tidak diberi sambutan yang sewajarnya ___(14) rakyat. _____(15)______ pihak sekolahlah yang semestinya memupuk semangat ini di kalangan murid-murid berbilang kaum.Sekiranya pergaulan murid-murid , terutamanya pada waktu rehat tidak diberi perhatian, _____(16)_______ mereka akan lebih cenderung bergaul dengan kaum sendiri sahaja. _____(17)_____ untuk mewujudkan perpaduan ,keadaan ini hendaklah dikawal. 12. A supaya B untuk C seperti D pada 13 A Walaupun B Sungguhpun C Namun begitu D Oleh kerana itu 14 A oleh B dari C sesama D dengan 15 A Dari B Lalu C Malah D Nescaya 16 A tetapi B cuma C juga D maka 17 A Sebelum B Kerana C Demi D Jika Soalan 18 hingga Soalan 20 Pilih perkataaan yang dapat menyambungkan ayat-ayat pendek itu tanpa mengubah maksud asalnya. 18. Murid menangis teresak-esak. Guru bertanya kepada murid itu sebab dia menangis. Dia mengatakan bahawa dia sakit gigi. A ...lalu...dan... B ...lalu...serta… C ...biar...juga… D ...dan...kerana... 19. Sekolah tidak jauh dari tempat tinggal kami. Kami ke sekolah berjalan kaki. Ada juga yang datang menaiki bas dan kereta A ...serta ...manakala… B ...biarpun…sesungguhpun... C ...sekiranya...namun... D …oleh itu…walaupun… 20. Ramai penduduk kampung menyertai Rancangan Desa. Usaha. Mereka percaya rancangan itu amatlah berfaedah kepada mereka. Masyarakat kampung juga mendapat faedah. A ...dan .kerana... B …supaya...dan... C …kerana...dan ... D ...sekiranya...malah... |
Latihan
1. Abu pergi _________Singapura dengan menaiki kerata api.
2. Adik menyerahkan dompet itu ___________ guru besar.
3. Jam tangan itu ada _________ Cikgu Chong.
4. Bapa baru balik ________pejabatnya.
5. Surat ini saya terima__________abang semalam.
6. Pertandingan bercerita akan diadakan __________bulan April.
7. Kucing itu bersembunyi ___________belakang almari.
8. Masukkan barang-barang itu __________dalam stor.
9. Meja itu diperbuat ______________ kayu yang bermutu.
10. Ali berasal ___________ Kangar, Perlis.
2. Adik menyerahkan dompet itu ___________ guru besar.
3. Jam tangan itu ada _________ Cikgu Chong.
4. Bapa baru balik ________pejabatnya.
5. Surat ini saya terima__________abang semalam.
6. Pertandingan bercerita akan diadakan __________bulan April.
7. Kucing itu bersembunyi ___________belakang almari.
8. Masukkan barang-barang itu __________dalam stor.
9. Meja itu diperbuat ______________ kayu yang bermutu.
10. Ali berasal ___________ Kangar, Perlis.
Langgan:
Catatan (Atom)