Ads 468x60px

Ahad, 11 Disember 2011

KATA NAMA

KATA NAMA


Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat dikategorikan kepada dua iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am
-          Kata yang menyatakan makna benda, perkataan atau konsep yang umum sifatnya.
-          Kata nama am mempunyai empat bahagian iaitu kata nama am hidup, kata nama am tidak hidup, kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.
-          Kata nama am hidup merujuk kepada benda-benda yang hidup dan bernyawa seperti manusia dan binatang.
-          Kata nama am bukan merujuk kepada benda-benda yang tidak hidup dan tidak bernyawa seperti kenderaan, rumah dan sebagainya.
-          Kata nama am konkrit merujuk kepada benda-benda yang maujud iaitu dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti pasar, basikal, baju dan sebagainya.
-          Kata nama am abstrak merujuk kepada benda-benda yang tidak maujud iaitu tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata seperti angin, kemarahan, kecantikan dan sebagainya.
      
      Kata Nama Khas
-          Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang khusus dan ejaannya dipangkalkan dengan huruf besar.
-          Kata nama khas mempunyai dua kategori iaitu kata nama khas hidup dan juga kata nama khas tidak hidup.
-          Kata nama khas hidup merujuk kepada nama benda yang hidup seperti manusia dan panggilan kepada binatang. Contohnya ialah Salmah dan Pak Belang.
-          Kata nama khas tidak hidup merujuk kepada nama sesuatu yang tidak bernyawa seperti nama tempat, gelaran dan banyak lagi.
-           


0 Pertanyaan / Komen / Jawapan:

Catat Ulasan