Ads 468x60px

Ahad, 11 Disember 2011

KATA SENDI NAMA

Tatabahasa : Kata Sendi

Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.

Kata Sendi
Penggunaan
Contoh
ke
1.      Tempat
2.      Benda konkrit  (tak bernyawa)
3.      Masa
1.      Saya pergi ke Pahang.
2.      Bola itu dicampak ke dinding.
3.      Dia belum pulang hingga ke hari ini.
kepada



1.      benda konkrit(bernyawa)
2.      benda abstrak(kecuali masa)
1.  Buku itu diserahkan kepada
      
Ali.
2.  Penyakit itu membawa
     kepada penderitaan.
dari
1.  tempat
2.   waktu
1.    Ali datang dari Johor.
2.   Aku akan belajar  mulai dari      hari ini.
daripada
Umum
1.      Orang
2.      asal kejadian
3.      perbandingan
1.    Bunga  itu  hadiah daripada
       guru.
2.   Kerusi dibuat daripada kayu.
3.   Aisyah lebih cantik daripada
      Swee Lan.
di
Tempat
     Saya tinggal di Jalan Utara.
pada
1.   masa
2.  orang
3.   benda abstrak
1.    Pada zaman ini ,komputer
       adalah penting.
2.    Buku itu aada pada Ali.
3.   Pada pendapat saya,ayat itu
      salah.

Kata Sendi yang lain :

bagi                      hingga                   oleh
untuk                     sampai                 akan
demi                     dalam                   tentang
dengan                 bagai                     terhadap
sejak                   seperti

   

1.   Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyumbangkan 
      frasa nama dengan perkataan atau frasa lain.

2.   Contoh dan penggunaannya:
      a) di            - untuk menunjukkan tempat
      b) ke           - untuk menunjukkan tempat atau arah yang ditujui dan masa
      c) dari         - untuk menunjukkan tempat / tempat asal / tempat bermula atau masa
      d) daripada - untuk menunjukkan punca bagi manusia, benda, dan perbandingan
      e) pada       - untuk menunjukkan keterangan waktu, manusia, dan benda
      f)  kepada   - untuk menunjukkan tempat, orang, atau haiwan yang ditujui
  
3.  Contoh ayat:
     a)   Saya berasal dari negari Sabah.
     b)   Buku itu terletak di atas meja.
     c)   Tipah menulis surat kepada abangnya.
     d)   Latif tergesa-gesa hendak ke sekolah


LATIHAN
Pilih perkataaan yang paling sesuai untuk diisikan di  tempat-tempat kosong yang bernombor. 

            Ahmad tidak pernah datang-datang lagi ____(1)_____dia bergaduh dengan adik saya. Dia asyik menangis  ___(2)____ matanya bengkak. Saya telah berusaha menemukan mereka berdua _____(3)______kebaikan mereka juga. _____(4)_____ mereka sudah berbaik-baik semula,sekali-sekala mereka bertengkar juga _____(5)_____ di hadapan saya. Mereka menghormati saya  kerana saya tidak pernah berat  sebelah ___(6)_____ menyelesaikan masalah yang melibatkan mereka berdua.

1.   A. kalau
B. tetapi
C. sampai
D. semenjak

2.   A.  dan
B.  lalu
C. hampir
D. sehingga

3.   A  demi
 agar
 dengan
 supaya

4.   A  Sebab
 Sehingga
 Apabila
 Walaupun 

5.   A  dan
 untuk
 kerana
 kecuali

6.   A  lalu
 sampai
 dengan
 apabila

            Perusahaan tanaman kontan telah lama dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil ____(7)_______penghasilan daripada perusahaan itu sangat tidak memuaskan. Seringkali pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan  usaha ,tenaga dan modal yang dicurahkan. Faktor yang menyebabkan keadaan yang demikian ialah pekebun- pekebun kecil mengusahakan tanaman kontan    sambil lewa sahaja. _____(8)____ tidak pula selari dengan kemajuan sains dan teknologi pertanian _____(9)___ masih ramai pekebun kecil yang tidak langsung mengusahakan kebun mereka. Maka terbiarlah kebun itu ditumbuhi lalang __(10)______ ada pula telah menjadi belukar. Pekebun -pekebun yang masih belum menyertai perusahaan tanaman kontan ini dinasihati     ___(11)____ berbuat demikian sekarang juga. 

7.         A   dan
B   lalu
C   tetapi
D   kerana

8.          Oleh itu
 Sungguhpun
 Namun begitu
 Di samping itu

9          A.  dan
B   jika
C   namun
D   tetapi

10.       A   bahkan
B   inikan
 masakan
 entahkan

11.       bagi
            juga
            agar
            serta

            Usaha kerajaan ______(12)______mewujudkan perpaduan di kalangan berbagai-bagai kaum di negara kita ini patut dipuji. _____(13)___ ,usaha ini tidak akan berjaya sekiranya tidak diberi sambutan yang sewajarnya ___(14) rakyat. _____(15)______ pihak sekolahlah yang semestinya memupuk semangat ini di kalangan murid-murid berbilang kaum.Sekiranya pergaulan murid-murid , terutamanya pada waktu rehat tidak diberi perhatian, _____(16)_______ mereka akan lebih cenderung bergaul dengan kaum sendiri sahaja. _____(17)_____ untuk mewujudkan perpaduan ,keadaan ini hendaklah dikawal.  

12.       A   supaya
B   untuk
C   seperti
D   pada 

13        A   Walaupun
B   Sungguhpun
C   Namun begitu
D   Oleh kerana itu 

14         oleh
 dari
 sesama
 dengan

15        A   Dari
B   Lalu
C   Malah
D   Nescaya

16       A   tetapi
           B   cuma
           C   juga
           D  maka

17        A   Sebelum
B   Kerana
C   Demi
D   Jika
  
Soalan 18 hingga Soalan 20
Pilih perkataaan yang dapat menyambungkan ayat-ayat pendek itu tanpa mengubah maksud asalnya. 
18.       Murid menangis teresak-esak.
            Guru bertanya kepada murid itu sebab dia menangis.
            Dia mengatakan bahawa dia sakit gigi.

 ...lalu...dan...
 ...lalu...serta…
 ...biar...juga…
 ...dan...kerana...

 19. Sekolah tidak jauh dari tempat tinggal kami.
       Kami ke sekolah berjalan kaki.
       Ada juga yang datang menaiki bas dan kereta

            A   ...serta ...manakala…
            B   ...biarpun…sesungguhpun...
             ...sekiranya...namun...
             …oleh itu…walaupun…     

20. Ramai penduduk kampung menyertai Rancangan Desa. 
Usaha. Mereka percaya rancangan itu amatlah berfaedah kepada 
mereka. Masyarakat kampung juga mendapat faedah.

 ...dan .kerana...
 …supaya...dan...
 …kerana...dan ...
 ...sekiranya...malah...

Latihan

1.   Abu pergi _________Singapura dengan menaiki kerata api.
2.   Adik menyerahkan dompet itu ___________ guru besar.
3.   Jam tangan itu ada _________ Cikgu Chong.
4.   Bapa baru balik ________pejabatnya.
5.   Surat ini saya terima__________abang semalam.
6.   Pertandingan bercerita akan diadakan __________bulan April.
7.   Kucing itu bersembunyi ___________belakang almari.
8.   Masukkan barang-barang itu __________dalam stor.
9.   Meja itu diperbuat ______________ kayu yang bermutu.
10. Ali berasal ___________ Kangar, Perlis.

 

 

0 Pertanyaan / Komen / Jawapan:

Catat Ulasan